WAKTU TERASA CEPAT

 WAKTU TERASA BERLALU DENGAN CEPAT

☆Tadabbur Kalamullah 16 Syawwal 1442H☆


یَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَیَّانَ مُرۡسَىٰهَاۖ قُلۡ إِنَّمَا عِلۡمُهَا عِندَ رَبِّیۖ لَا یُجَلِّیهَا لِوَقۡتِهَاۤ إِلَّا هُوَۚ 


Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia..." [Surah al-A'raf 187]


#Kiamat pasti datang dan pasti berlaku. Waktu dan ketikanya hanya diketahui oleh Allah swt sahaja. Namun begitu, petanda-petanda kiamat telah didedahkan satu persatu. Oleh itu, pastikan kita sentiasa bersedia menghadapinya dan bersedia kembali ke negeri abadi yakni negeri akhirat. 


#Di antara petanda hampirnya dengan kiamat iaitu masa atau waktu berlalu dengan cepat.


#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:


لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ العِلْمُ، وَتَكْثُرَ الزَّلاَزِلُ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، وَتَظْهَرَ الفِتَنُ، وَيَكْثُرَ الهَرْجُ


“Tidak akan berlakunya Kiamat sehingga diangkat ilmu, banyaknya berlaku gempa, masa berlalu dengan cepat, terzahirnya fitnah-fitnah dan banyaknya pembunuhan” (HR al-Bukhari)


#Dalam riwayat lain, daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, bahawa Nabi saw bersabda:


لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، فَتَكُونُ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ، وَالشَّهْرُ كَالْجُمُعَةِ، وَتَكُونُ الْجُمُعَةُ كَالْيَوْمِ، وَيَكُونُ الْيَوْمُ كَالسَّاعَةِ، وَتَكُونُ السَّاعَةُ كَالضَّرَمَةِ بِالنَّارِ


“Tidak akan berlaku Kiamat sehingga waktu terasa begitu cepat, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu sambaran api" (HR at-Tirmizi)


#Imam al-Nawawi menukil pandangan Syeikh Qadhi ‘Iyadh dan selain daripadanya yang berpandangan maksud masa berlalu dengan cepat adalah disebabkan hilangnya keberkatan masa dan dalam sehari dia melakukan sesuatu yang bermanfaat kadarnya sama seperti satu jam sahaja dia melakukan perkara tersebut. (Lihat: Fathul Bari)


#Disebutkan dalam Fathul Mun’im: "Di antara tanda-tanda Kiamat adalah masa terasa begitu cepat disebabkan hilangnya keberkatan (di dalam kehidupan), sedikitnya amalan untuk Akhirat, membuang waktu pada perkara yang tidak penting dan berfaedah sehingga tiada lagi nilainya serta ia (masa) berlalu seperti berlalunya awan yang mana tidak dirasai oleh seseorang akan umurnya seakan-akan dia tidak hidup melainkan hanya sementara di waktu siang".


♡Pastikan 24 jam kita diisi dengan perkara yang bermanfaat, amal yang terbaik dan disibukkan dengan zikrullah. Jangan sia-siakan kesempatan yang ada kerana kita sudah berada di penghujung dunia dan sangat hampir dengan kiamat. Sibukkanlah beramal soleh!!♡


🐊Ust naim

Telegram

Klik link ini untuk JOIN     

bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Balai Desa

MENGUBAH TAKDIR

MEMAKMURKAN MASJID